Archive

Archive for February, 2011

Alam Yang Mendamaikan

February 28, 2011 Leave a comment

Alam yang mendamaikan,

mengundang kerinduan padaNYA,

Damai itu…sentuhan redup yang menyegarkan,

Di kala hati ditimpa runtuhan kepiluan,

ZIKIR datang bagai menghembus angin bersahaja

Alam itu sungguh mendamaikan…


Lirik

Sesekali terdengar unggas berbicara, terasa tenang di hati ini. Alam yang        mendamaikan seakan-akan menyapu lalu gelora di jiwa. Ketenangan hakiki di dalam hati anugerah Ilahi yang tidak ternilai. Terkadang hati rasa gundah kerana kuat rindu padaNya. Alam yang mendamaikan menyiram beribu-ribu titis keimanan di dalam hati. Kebaikan itu mengundang ketenangan. Berbuat kebaikan dengan keikhlasan hati yang tinggi akan menghadirkan ketenangan di dalam hati.

Categories: Uncategorized

EPL: Man U vs Wigan

February 28, 2011 Leave a comment

Perlawanan pada malam sabtu kelmarin menyaksikan pasukan Man U mencatatkan kemenangan selesa 4-0 ke atas Wigan. Secara keseluruhannya pasukan Man U menunjukkan peningkatan berbanding aksi menentang Marseille pada minggu lepas.

Categories: Uncategorized

Champion League: Man U vs Marseile

February 23, 2011 Leave a comment

Perlawanan awal pagi berkesudahan seri tanpa jaringan. Secara keseluruhnya perlawanan berlangsung hambar dari kedua2 pasukan. Hanya sesekali sahaja serangan bahaya dilakukan dari Man U pada separuh masa kedua. Perlawanan timbal balik kedua di Old Trafford akan dilangsungkan pada bulan Mac. Agak2 sapalah yang akan masuk suku akhir ya…

Posted by Wordmobi

Categories: Uncategorized

Mencari Cinta Hakiki

February 22, 2011 1 comment

Aku disini…

Mencari damai yang hilang,

mencari tenang yang pergi,

Tapi…

Aku masih disini…

Aku disini…

Hilang dalam terang,

Hilang sebelum menang,

Tapi,

Aku masih disini…

Aku disini…

HambaMu yang khilaf,

HambaMu yang lalai,

Masih mencari nikmat abadi,

Masih mencari bahagia sejati,

Tapi,

Aku masih disini…

Aku disini…

Bertemu damai di hati,

Bertemu kiblat yang hakiki,

Jalanku hanya untukMu,

Tujuanku mencari redhaMu,

Namun,

Aku masih disini..MENCARI CINTA HAKIKI…


Aku disini

Categories: Uncategorized Tags:

Pro-M menang di UM, tumbang di UPM

February 21, 2011 Leave a comment

18 Rabiulawal 1432H.

Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini.

Mereka menyapu bersih semua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti.

Lawan mereka hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti.

Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti.

Dengan kemenangan itu, calon pro-M Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sebelum ini turut menang.

Calon kerusi umum itu mendapat undi keenam tertinggi.

Keputusan itu diumumkan pada jam 6 petang tadi. Manakala tempoh bantahan ditetapkan sehingga jam 8 malam ini.

Bantahan tersebut akan diteliti esok dan keputusannya akan diumumkan lusa.

UPM: Pro-M tumbang

Sementara itu, keputusan tidak rasmi di Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan Pro-Aspirasi terus berkuasa.

Kumpulan Pro-Mahasiswa hanya berjaya mendapatkan 12 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan.

Daripada jumlah 11 kerusi itu, 2 adalah kerusi umum, 8 kerusi fakulti manakala sebuah kerusi siswazah lanjutan.

Pro-Aspirasi pula mendapat 31 kerusi.

Sementara keputusan di tiga lagi universiti – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) keputusan dijangka agak lewat kerana menggunakan sistem manual.

Selain pengiraan kertas undi, pro-M merancang mengadakan demonstrasi besar membantah kelayakan calon lawan mereka pada jam 8 malam ini.

Di USM dan UTM pula keputusan dijangka diperoleh antara jam 9 hingga 11 malam

Sumber: Malaysiakini

 

Categories: Uncategorized

HDR Image

February 21, 2011 Leave a comment

The original picture was taken using Nikon D90. This is my first attempt to produce HDR picture using D90 alone. The technique is simple. By using different exposure for 3 different snapshot, I can simply produce a quite good quality HDR picture. I’m using iPhoto and Photomatix Pro software for some simple editing on color tone and lightning. This is the result 🙂

 

Awan HDR

Categories: Uncategorized

Editing Blog tool untuk Mac

February 21, 2011 Leave a comment

Ehem..saya baru saje install blog editing tool untuk platform Snow Leopard..nampak macam best jugak tool ni..entry ini adalah percubaan pertama menggunakan MarsEdit application..

Categories: Uncategorized