Home > Uncategorized > Pro-M menang di UM, tumbang di UPM

Pro-M menang di UM, tumbang di UPM

18 Rabiulawal 1432H.

Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini.

Mereka menyapu bersih semua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti.

Lawan mereka hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti.

Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti.

Dengan kemenangan itu, calon pro-M Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sebelum ini turut menang.

Calon kerusi umum itu mendapat undi keenam tertinggi.

Keputusan itu diumumkan pada jam 6 petang tadi. Manakala tempoh bantahan ditetapkan sehingga jam 8 malam ini.

Bantahan tersebut akan diteliti esok dan keputusannya akan diumumkan lusa.

UPM: Pro-M tumbang

Sementara itu, keputusan tidak rasmi di Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan Pro-Aspirasi terus berkuasa.

Kumpulan Pro-Mahasiswa hanya berjaya mendapatkan 12 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan.

Daripada jumlah 11 kerusi itu, 2 adalah kerusi umum, 8 kerusi fakulti manakala sebuah kerusi siswazah lanjutan.

Pro-Aspirasi pula mendapat 31 kerusi.

Sementara keputusan di tiga lagi universiti – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) keputusan dijangka agak lewat kerana menggunakan sistem manual.

Selain pengiraan kertas undi, pro-M merancang mengadakan demonstrasi besar membantah kelayakan calon lawan mereka pada jam 8 malam ini.

Di USM dan UTM pula keputusan dijangka diperoleh antara jam 9 hingga 11 malam

Sumber: Malaysiakini

 

Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: