Archive

Archive for July, 2011

Mahukan ketenangan hati, cuba tips ini

July 6, 2011 Leave a comment

Inginkan hati yang tenang, mudah saja caranya. Amalkan tips ini dan Insyaallah hati akan menjadi tenang.

1. Amalkan solat berjemaah di masjid/surau.
2. Lakukan perkara-perkara yang baik-baik.
3. Jangan ada sifat dengki dalam hati terhadap sesama manusia.
4. Murahkan senyuman.
5. Ringan tulang untuk menolong kawan-kawan.
6. Pergi ke kedai buku dan luangkan masa untuk melihat bahan-bahan ilmu disitu.

Pengalaman penulis mendapati, jika kita berterusan berbuat kebaikan samaada terhadap diri sendiri ataupun orang lain, jiwa kita akan mendapat ketenangan yang luar biasa.

Ameen.
9.05pm , 6 Julai 2011

Categories: Uncategorized

Malu itu sebahagian daripada Iman

July 6, 2011 Leave a comment

Setiap muslim yang mengaku islam mestilah dia mengakui rukun islam yang 5 dan rukun iman yang 6. Malu juga sebahagian daripada cabang iman. Malu itu mempunyai pelbagai definasi dan pandangan berbeza bagi setiap manusia. Menurut sebahagiannya, sifat malu itu wajib bagi seseorang manusia yang bergelar manusia normal. Namun semua itu hanyalah berlegar-legar di dalam interperasi mereka sendiri tanpa mengetahui asal maksud malu itu sendiri.

Malu di dalam islam bermakna malu berbuat maksiat kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu maha melihat lagi maha mengetahui. Setiap perilaku dan perbuatan manusia itu diketahui dan diperhati oleh Allah. Mana mungkin mereka yang mengaku mempunyai sifat malu tapi membelakangi sebahagian perintah Allah. Sebahagian mereka sebagai contoh mengaku berpakaian tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna. Sebahagian mereka juga berbangga bersedekah, menolong orang, membuat amal jariah namun tidak pula mereka itu mendirikan solat. Amat malang sekali manusia sebegini kerana tiada sifat malu pada Allah tetapi melebih-lebihkan sifat malu kepada sesama manusia. Ini baru sebahagian contoh yang kita boleh perhatikan pada zaman yang serb maju ini.

Oleh itu marilah kita semua yang mengakui sebagai muslim ini sejati memperbaiki sifat malu ini kerana ia adalah sebahagian daripada iman. Tebalnya sifat malu kepada Allah, secara terusnya akan menjadikan kita sebagai muslim yang menurut segala perintahNya. Lakukannya dengan ikhlas dan niatkan kerana Allah.

Ameen.

8.57 pm, 6 Julai 2011

Categories: Uncategorized