Archive

Posts Tagged ‘motivasi’

Usaha Tangga Kejayaan

February 11, 2011 Leave a comment


Setiap manusia inginkan kebahagiaan. Kebahagiaan mendapat perkerjaan yang mantap, kejayaan mendapat keluarga yang bahagia, isteri dan anak-anak yang solehah dan juga kebahagiaan mendapat ketenangan hakiki. Namun semua ini tidak akan dapat dicapai sekiranya tiada usaha yang berterusan ataupun dengan kata lain, istiqomah. Usaha yang berterusan adalah tindakan yang di lakukan oleh seseorang bagi mencapai sesuatu perkara, dilaksanakan tanpa jemu dan tumpuannya hanya berlandaskan matlamat yang satu. Sebagai contoh, seseorang yang ingin memiliki sebuah komputer Macbook yang mahal harganya, menetapkan matlamat menabung sebulan sebanyak RM100 selama 2 tahun. Usahanya berterusan dengan berteraskan matlamat yang satu dan akhirnya, selama 2 tahun penantian yang menyeksakan, dapat juga dia membeli komputer tersebut. Hal ini membuktikan, usaha yang berterusan bagi mencapai sesuatu matlamat akan berhasil menghidupkan satu semangat yang jitu di dalam diri seseorang. Alangkah baiknya jika sikap ini di adaptasikan di dalam kehidupan kita sehari-harian bagi mencapai redha Ilahi. Baik juga sikap ini digunakan untuk mendapat syafaat daripada Nabi kita di hari pembalasan kelak.

Kita tidak perlu mengeluarkan wang, apatah lagi mengeluarkan banyak tenaga. Cukup sekadar kita meluangkan sedikit masa untuk berzikir dan bersolawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Bayangkan jika sehari kita luangkan 10 minit untuk berzikir dan bersolawat, sebulan sudah 300 minit, setahun sudah 3600  minit. Dan jika kita istiqomah sepanjang hayat kita, bayangkan betapa banyaknya puji-pujian yang kita lemparkan kepada Maha Pencipta dan Rasul suruhan-Nya.  Sungguh bahagia rasanya jika kita dapat melakukannya secara berterusan. Alangkah indahnya hidup ini jika bibir sentiasa dibasahi dengan zikrullah dan pujian ke atas Nabi.

Categories: Uncategorized Tags: